Reluma Skin精華液採用乾細胞核心技術的基質蛋白質配製而成,網站諮詢購買https://www.invitrxs.com/,本公司的全球配送服務是向客戶提供一個完整的無縫整合物流解決方案。
MAJLIS PERASMIAN PLATFORM DIGITAL WELLNESS CENTRE JABATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
- 15:00 pm
- Wellness Center, Blok 7, FPM
PROGRAM "MOH NGOPI"
- 09:00 am
- Wellness Center, Blok 7, FPM
MAKLUMAN MENGENAI PROGRAM APRESIASI HARI AKADEMIA “MOH NGOPI” KERJASAMA PEKA UPSI DENGAN WELLNESS COFFEE, WELLNESS CENTRE JABATAN PSIKOLOGI & KAUNSELING FPM. Persatuan Kakitangan Akademik (PEKA) akan menganjurkan program Apresiasi Hari Akademia “Moh Ngopi” kerjasama dengan Wellness Coffee, Wellness Centre, Jabatan Psikologi dan Kaunseling pada ketetapan berikut: Tarikh: 25 Oktober – 29 Oktober 2021 Jam: 9.00 pagi – 12 tengahari Tempat: Aras Bawah Wellness Centre, Blok 7 FPM Sasaran: Pensyarah di Kampus Sultan Azlan Shah Proton City. Bilangan: 300 pax keseluruhan (60 pax setiap hari terhad) secara pra tempahan. Mohon scan QR Code atau isi google form untuk tempahan awal.
WEBINAR KESIHATAN MENTAL WELLNESS CENTRE
- 08:30 am
- Webex dan FB LIVE (FPM, UPSI)
Bersempena dengan sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2021, Wellness Centre dengan kerjasama Persatuan Bimbingan dan Kaunseling (KASIH), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menganjurkan sebuah program berkaitan kesihatan mental. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada mahasiswa/i serta masyarakat tentang masalah kesihatan mental. Program ini juga membantu mahasiswa/i serta masyarakat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mempunyai tahap mental yang baik terutama saat menghadapi waktu kritikal seperti pandemik Covid - 19 ini.
PROGRAM WEBINAR KESIHATAN MENTAL WELLNESS CENTRE
- 08:00 am
- Google Meet
Wellness Centre dengan kerjasama kaunselor pelatih semester 7 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menganjurkan program Get To Know You Program ini akan mengemukakan Pembentukan personaliti yang positif dalam kalangan mahasiswa abad ke- 21 serta perbincangan tentang personaliti bersama Kaunselor SM Sains Sembrong yang juga Alumni Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan kaunseling dengan Kepujian UPSI tahun 2017 iaitu Cikgu Muhammad Asraf Bin Maskor. Juga akan di adakan sesi menjawab Inventori Personaliti Warna bersama kaunselor pelatih Wellness Centre.
PROGRAM WEBINAR REFLEKSI INTERNSHIP KAUNSELING EDISI 5 : ISU RUANG DAN PERSEKITARAN BILIK BIMBINGAN & KAUNSELING
- 11:30 am
- Facebook Live Zealord
TEMPAT : FACEBOOK LIVE ZEALORD https://www.facebook.com/Legasi-Zealord-112394614272657/ Pihak kami sangat mengalu-alukan dan amat berbesar hati sekiranya anda semua menyertai program ini bagi manfaat bersama. Semoga perjalanan program ini dipermudahkan oleh Allah SWT.
KARNIVAL RAMADAN PERINGKAT FPM 2021
- 10:00 am
WEBINAR PENYELIDIKAN SIRI 1: PAPRADIGMA PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
- 14:00 pm
Anda keliru tentang paradigma dalam penyelidikan? Anda ragu-ragu tentang rekabentuk kajian anda? Anda tidak pasti halatuju kajian anda? Kami ada solusinya, jom kita rungkai dan teroka!
Program Are You OKAY siri 2
- 08:50 am
Anda juga boleh menonton live secara langsung melalui aplikasi Cisco Webex dan juga Facebook Rasmi Fakulti Pembangunan Manusia UPSI.